SMKSETA eRekod
Blog ini dibangunkan khusus untuk komuniti guru di SMKSETA bagi menyediakan Lapuran Guru melalui internet.
Lapuran akan dibina dengan tahap “privacy” dimana hanya Pengetua diberikan hak untuk melayari lapuran oleh semua guru dan mempunyai kebenaran untuk menulis komen. Manakala, setiap guru hanya boleh melayari lapuran miliknya sahaja.
Peraturan tertentu perlu dilaksanakan bagi membolehkan lapuran diinternet ini dilaksanakan. Menjayakannya, skrip php “opensource” WordPress Multi User atau WPMU akan digunakan. Skrip ini berupaya membolehkan satu laman web dibangunkan dan laman tersebut boleh membenarkan sesiapa sahaja untuk berdaftar dan membina laman web dalam bentuk blog. Manakala blog tersebut boleh diolah dengan ciri-ciri “privacy” tertentu bagi membolehkan Lapuran Guru (eRekod) dibuat diinternet sebagai lapuran peribadi yang boleh dilayari oleh pemilik blog (guru) dan pengetua sahaja. Guru lain tidak boleh melayari eRekod oleh guru yang lain.
Secara ringkas, berikut adalah perkara yang perlu dilaksanakan oleh setiap guru dan Pengetua:-
1. Daftar sebagai user
2. Pilih untuk membuat blog sendiri
3. Buat directory blog. Untuk eRekod dinasihatkan guna nama direktori “eRekod”. Untuk kegunaan sendiri, apa-apa nama directori yang lain adalah dibolehkan.
4. Boleh mulakan pos kandungan blog
5. UNTUK eRekod, DIMESTIKAN POS KANDUNGAN DENGAN STATUS “PRIVATE”
6. Untuk lain-lain kandungan adalah bebas
Lain-lain perkara yang perlu akan dijelaskan kemudian.
Webmaster